Sunday 9 March 2014

cheese Tart

Resepi tart ini kak pi dapat  kat kelas memasak di kedai Bake With Yen Bandar Puteri Puchong....sebenarnya tak masuk kelaspun boleh buat...Ni masa ada mood untuk belajar, walaupun ilmu ini dihalalkan, kongsi apa yang boleh dikongsi, ajar apa yang boleh diajar...
Gambar langkah demi langkah nanti akan menyusul...sbb gambar lama entah save kat mana, walaupun gitu tak tgok gmbar pun jadi ....cuba ya.....

Shell Tart

125 gm butter
65 gm gula ising
1 biji kuning telur
1/2 sudu teh vanilla
1 susu besar air sejuk ( ais )

cara2

1. gaul butter dg. gula hingga jadi berderai
2. Masukkan kuning telur, vanilla dan air sejuk...gaul  hingga tidak melekat ditangan ( guna tangan je ..kalau ada sarung plastik boleh je pakai )
3. Biarkan 10 minit baru masukkan dalam acuan, serta tekan-tekan
4. Lepas tu bakar 10 - 15 minit tengok oven yang digunakan.
( tak perlu cucuk2 dg garpu di bawah shell tsb.)

Cheese Tart

250 gm cream cheese
60 gm gula halus
20 gm butter
1 biji telur

cara2

1. Pukul cream cheese , gula dan butter lebih kurang 10 minit
2. lepas itu masukkan telur dan pukul sekejap saja....
3. Ok siap

Masukkan kream cheese ke dalam shell tart dan bakar 10 minit dalam 180
Jom makan chess tart...yumi...yumi

Pancake


Tiba-tiba suami tel. malam ni ustaz datang rumah untuk ajar mengaji Quran...Aduh nak masak apa untuk ustaz, fikir punya fikir baru teringat anak dara kak pi pernah buah pancake ( orang Kelantan kata leping ). Tengok bahan semua ada , ok nampaknya ustaz makan pancakelah malam ni...hehe..
Punya sedapnya habis satu adunan suamiku dan ustaz makan...ok lain kali boleh buat lagi.



Inilah bahan untuk buat pancake

ok...kacau semua bahan tadi dg tangan je....

goreng seperti gambar ....baru terbalikkan

Inilah rupanya bila dah diterbalikkan

Cantikkan....gebu gitu

Jom makan....opps...nak makan dg apa??? Jem, kaya, madu apa-apa aja boleh
Bahan2
1 caw. susu segar ( susu cairpun boleh )
1 caw. tepung naik sendiri
1 sudu teh baking powder
1 sudu besar gula
1 biji telur ( gred A )
3 sudu besar butter ( cairkan )

cara 2 :
Campur kesemua bahan dan kacau ( wish )
Biarkan 10 minit
Sapukan kuali dg. butter ( non steck )
Bila panas masukkan adunan tadi ( lebih kurang 1/2 gelas )
Bila dah tepung tu nampak ada bintik 2 ( gelembung spt gambar )
Balikkan....tunggu hingga masak

* api mesti perlahan

Monday 3 March 2014

Kek Karemel Pelangi


Buat kek Karemel Pelangi ni sebenarnya nampak susah, tetapi sebenarnya senang je.....Di sini kak pi kongsi cara kak pi membuat kek ini. Harap dapat membantu mana-mana
Cara-cara membuat kek Karemal Pelangi langkah demi langkah, cuba ya jangan tak cuba. Tapi sebenarnya kak pi ambil dalam blog orang lain juga , tapi sebab dah lama dah tak ingat blog siapa..walau bagaimana pun kak pi permudahkan mengikut pemahaman kak..........maaf ya.

Langkah 1


3 sudu gula pasir dipanaskan atas api perlahan hingga cair

hasil gula yang dicairkan...bila cair ratakan keseluruh loyang
 Langkah 2
 sekarang kita akan buat karemal pula ...asingkan kuning dengan puteh sebanyak  3 biji. ( Telur Gred A )

Bahan-bahan untuk karemel.....tiga kuning telur, dua biji telur , satu cawan susu cair, 3/4 susu pekat dan 1 sudu kecil vanila. Campur kesemua bahan dan gaul secara wish( perlahan )

Inilah hasil bahan untuk buat karamel

Bahan karamel tadi di masukkan ke dalam loyang yang telah dicairkan gulanya ( seperti gambar )

Biarkan bahan ini

Ini bahan untuk buat kek...pukul 3 biji kuning telur dengan  70 gm gula halus, masukkan 45 ml minyak masak, kacau sebati , masukkkan 2 sudu susu pekat manis dan kacau, masukkan 135 ml air, kacau lagi dan akhir masukkan 140 gm tepung gandum...kacau biar sebati seperti gambar....kacau jgn terlalu kuat atau jgn sampai berbuih....ok siap

Sekarang kita buat meringue pula, telur puteh tadi sebanyak 6 biji campurkan dengan gula 70 gm dan 1 sudu teh  kream of Tartar

Inilah hasilnya...telur puteh tadi, untuk tahu tahu jadi atau tidak cuba terbalikkan adunan tadi, kalau tak jatuh itu tandanya dah jadi...

Sekarang gaulkan telur puteh tadi dengan adunan kek secara perlahan-lahan...hinga sebati

bahagikan adunan tadi kepada beberapa warna bergantung kehendak kita, kak bahagikan kepada 3 warna je..

Ok..sekarang letakkan tepung kek tadi ke dalam loyang karemel tadi secara berselang seli ( guna 2 sudu bagi setiap
warna )....jangan bimbang tepung kek tidak akan tenggelam melainkan telur puteh ( meringue ) tadi cair....inilah hasilnya. Akhir sekali bakar secara boiler. Suhu 150-160 C selama 1 jam 10 minit....ini pun bergantung oven yang digunakan.

Inilah hasilnya bila siap dibakar. Bakar secara boiler ialah adunan tadi diletakkan di atas tray pembakar yang berisi air. Sebelum bakar panaskan dahulu oven lebih kurang 10 minit.

Biarkan sejuk....atau simpan dalam peti sejuk dan terbalikkan 

Jom makan.....
Bahan- bahan Kek Karemel Pelangi
Bahan A ( Karemel )
3 biji kuning telur ( gred A )
2 biji telur ( gred A )
1 cawan susu cair
1 atau 3/4 susu pekat manis
1 sudu kecil vanila

Bahan B ( untuk kek )
140 gm gandum
3 biji kuning telur
70 gm gula halus
45 ml minyak
135 ml air
2 sudu besar susu pekat

Bahan C ( meringue unt, gaul dg adunan kek )
6 biji puteh telur ( hasil drp bhn buat kek dan karemel)
70 gm gula halus
1 susu kecil kream of Tartar

Cara-cara seperti gambar dia atas....ok selamat mencuba

Thursday 20 February 2014

Ziarah 1

Umrah??? rasa mustahil pada mulanya, tapi ketentuan Allah tiada siapa yang tahu. Pada mulanya atas permintaan kawan-kawan supaya diadakan satu ceramah tentang umrah. Memandangkan hubungan baik dengan Tn. Haji Hashim maka  saya telah menjemput Syarikat Harmony Excellence untuk memberi ceramah tentang umrah. dengan kuasa Allah , saya yang pada mulanya hanya membantu menjemput penceramah tiba-tiba terpanggil untuk mengerjakan umrah, pada hala wangpun belum terkumpul lagi. Hasilnya perbincangan dengan kawan-kawan seramai lima orang kawan berminat untuk mengerjakan umarah termasuk diriku dan ada yang turut membawa keluarga. . Disebabkan tidak merancang, saya betul-betul tawakal. Tambahan banyak mendengar pelbagai peristiwa yang berlaku . Jiwa betul-betul kosong, dan takut. Semoga aku mendapat petunjuk atau keberkatan daripada -Mu Ya Allah.Pada 25/5/11 berangkatlah kami semua ke bumi Ambiat dengan menaik pesawat GARUDA. Ya Allah permudahkan dan selamatkan kami.
    
 Rombongan saya terdiri daripada saya, suami, adik, adik ipar, cikgu Suffian berserta ibu , bapa dan emak saudara manakala ustaz Mior diiringi oleh ibu, bapa dan emak saudaranya.Jumlah keseluruhan rombongan ini ialah 11 orang

DOA TAWAKAL (1)



Maksudnya:

Wahai Tuhan kami! Kepada Engkaulah sahaja kami berserah diri dan kepada Engkaulah kami rujuk bertaubat, serta kepada Engkaulah jua tempat kembali! 

DOA TAWAKAL (2)


Maksudnya:

Dan sesiapa berserah diri bulat-bulat kepada Allah, maka Allah cukuplah baginya (untuk menolong dan menyelamatkannya).


Doa tawakal


Labbaik Allah humma labbaik.. Labbaik la sharika laka labbaik.. Innal hamda, Wan-ni'mata Laka walmulk.. Laa sharika lak
Wajah-wajah gembira untuk menyahut lambaian Kaabah

Semasa transit di Jakarta
Rombongan wanita


Kami sampai di King Aziz Airpot masih lagi sebelum subuh, tapi disebabkan belum lagi sembahyang Isyak, jadi semuanya cepat-cepat menunju ke tandas untuk mengambil wuduk dan mencari tempat sembahyang.....ramainya orang, dan bilik airnya sesak, sabar je...kita mesti banyak bersabar dalam apa jua keadaan. Ya Allah kuatkan lah imanku untuk menghadapi cubaan ini semua.

Perjalanan kami ke Madinah dikatakan mengambil masa 3 jam. Bas sudah sedia menunggu, dalam keadaan ini semuanya mesti kuat....Selepas itu kami berhenti pula sembahyang Subuh di tengah padang pasir, tapi dah lupa nama tempat tu.

Berhenti sembahyang subuh di tengah padang pasir, tapi tak ingat tempat
Disebabkan kali pertama kak melakukan umarah....sepanjang perjalanan fikiran asyik teringatkan tentang rukun umrah , takut tersilap maklumlah tak cukup bekalan di dada sebab  tanpa perancangan. Walaupun begitu harap-harap tidak ada yang tertinggal rukunnya kalau tak kena bayar Dam nanti.

RUKUN UMRAH

(Perkara asasi yang mesti dilakukan, sekiranya tertinggal salah satu samada sengaja atau terlupa maka tidak sah umrahnya)

1 - NIAT : IHRAM UMRAH (Dimana-mana MIQAT)
2TAWAF : Mengelilingi Baitullah 7 kali keliling dengan sempurna dan yakin (Bermula dan berakhir Penjuru Hajar Aswad)

Lafaz niat Tawaf Umrah:
Ertinya: “Aku berniat Tawaf Umrah di Ka’abah ini tujuh pusingan kerana Allah Taala.” 
3 - SAEI : berulang-alik antara bukit Safa’ dan bukit Marwah 7 kali dengan sempurna dan yakin (Bermula di Bukit Safa’ dan berakhir di Bukit Marwah)
4 - BERGUNTING ATAU BERCUKUR :Diwajibkan menghilangkan sekurang-kurangnya 3 helai rambut di kepala. (Sebaiknya dilakukan di Marwah)
5 - TERTIB : Mengerjakan satu persatu mengikut urutannya. 


1 - NIAT IHRAM DI MIQAT :
     Tempat-tempat miqat:
نَوَيْتُ الْعُمْرَةَ وَأَحْرَمْتُ بِهَا لِلَّّهِ تَعَالَى
Maksudnya : Sahaja aku mengerjakan umrah dan berihram dengannya kerana Allah Taala.

Jika dari MALAYSIA :
QARNUL MANAZIL
(dalam kapal terbang atau lebih kurang 1 jam lagi sebelum kapal terbang mendarat di Jeddah)

Jika dari MADINAH :
Masjid BIR ALI – atau di Hotel

Jika semasa berada di Mekah :
Hendaklah keluar ke:
1.    Masjid TANAIM
2.    Masjid JAARANAH
3.    Masjid HUDAIBIYAH

SELEPAS BERNIAT:
Disunatkan memperbanyakkan Talbiah
لَبَّيْكَ اللَّهُمَّ لَبَّيْكَ، لَبَّيْكَ لاَ شَرِيْكَ لَكَ لَبَّيْكَ، إِنَّ الْحَمْدَ وَالنِّعْمَةَ لَكَ وَالْمُلْكَ لاَشَرِيْكَ لَكَ
" Labbaika Allahomma Labbaik. Labbaik La Shareeka Laka Labbaik. Innal-Hamdah, Wan-Nematah, Laka wal Mulk, La Shareeka Laka."


Suami, adik, adik ipar dan Cik Kiss di perkarangan Masjid Nabawi Madinah


Sejarah Masjid Nabawi

Masjid yang dibangun Nabi Saw ketika datang dari Qubâ semasa perjalanan hijrahnya.
Keutamaan Masjid Nabawî 
Salat satu rakaat di Masjid Nabawî sama pahalanya dengan mengerjakan 1000 atau 10.000 rakaat selain di Masjid ini, kecuali masjidil Haram yang berpahala 100.000 rakaat. Nabi Saw besabda:

“Satu kali salat di masjidku ini lebih utama dari seribu rakaat di masjid lain, kecuali Masjidil Haram, satu rakaat salat di Masjidil Haram lebih utama daripada seratus ribu rakaat di masjid lainnya.” (HR. Ahmad).


Bersama kawan Cik Kiss di perkarangan Masjid Nabawi


 Masjid Quba'
Di sini bas berhenti selama lebih kurang 15 minit untuk jemaah sembahyang sunat. Sangat lah besar fadhilatnya bagi sesiapa yang bersolat di dalam masjid ini.


Keutamaan Masjid Qubâ
Mengenai keutamaan Mesjid Qubâ ini Nabi Saw bersabda:

“Barangsiapa yang berwuduk di rumahnya kemudian mendatangi Masjid Qubâ dan sembahyang di dalamnya, maka ia memperoleh pahala seperti mengerjakan umrah.”(HR. Ahmad, Nasaî, Ibnu Majah dan Hakim).
Di tepi  perkuburan para mujahid yang terkorban masa perang Uhud. Bagi yang sedia tau sejarah perang Uhud ini, bilangan yang mati shahid sangatlah ramai. Ramai sahabat-sahabat nabi terkorban dalam peperangan ini. 



Kaki Jabal Rahmah, nak naik ke atas tapi ...tak terjangkau
Di kaki Bukit Jabal Rahmah

Jabal Rahmah...jom naik unta


Di Jabal Rahmah inilah diriwayatkan sebagai tempat bertemunya Nabi Adam dan Hawa setelah berpisah 100 tahun diturunkan dari langit ke bumi.

Konon, di tempat ini juga merupakan tempat terbaik untuk berdoa meminta jodoh. Dikatakan, apabila seseorang berdoa di atas bukit ini untuk meminta pendamping hidup, nescaya doanya dikabulkan Allah. Wallahualam..




Sisa peninggalan Masjid Hudaibiyah yang lama

Yee...suamiku dah botak, dalam muzium

Makam Baqi'
Ini adalah komplek pemakaman di Madinah. Tempat ini berada di samping masjid Nabawi. Sebagian dari sahabat Rasulullah dimakamkan di tempat ini.

Di tepi kubur para sahadat Jabal Uhud

Burung merpati di sepanjang laluan kami semasa di Mekah


Melawat ladang unta


Secara keseluruhannya, tempat-tempat lawatan sepanjang kami di Madinah adalah;

1. Masjid Quba'
2. Masjid Qiblatain
4. Jabal Uhud
5. Kebun kurma
6. Bukit Magnet

Tuesday 18 February 2014

Cuti-cuti

Medan, Sumatera Utara, Indonesia...kenangan mengusik jiwa bagi ku, kerana di sinilah tempat aku menimba ilmu pengetahuan , bertemu jodoh dan semasa di sini juga aku menerima berita perginya mamaku meninggalkan kami adik-beradik buat selama-lamanya. Moga roh mamaku berada dalam golongan orang beriman....amin.

Setelah bertahun-tahun meninggalkan kota Medan yang penuh cabaran, akhirnya kami merancang percutian ke sana, untuk mendekatkan hati  kedua-dua anakku bagaimana kehidupan umi dan abahnya semasa belajar ...dengar harapan mereka sedar bahawa bukan mudah untuk berjaya.
Ini hanya rakaman sebahagian tempat yang sempat kami lawati.

Walaupun Medan sekarang sudah banyak berubah,tetapi Medan masih  terkenal dengan suku Bataknya yang perwatakan agar kasar berbanding suku-suku lain yang ada di Indonesia.

Antara tempat menarik yang ada di Medan dan selalu dikunjungi ialah Brastagi dan Danau Toba atau juga dikenali dengan nama Prapat. Perjalanan  ke Danau Toba mengambil masa 4-5 jam bergantung drivernya. Jom kita tengok apa yang ada di Pulau Samosir Danau Toba

Jom mulakan perjalanan kita
Sebenarnya dalam hati takut ni...tapi semua baut dak je.. 
Bila lagi nak romantis ni...ala-ala dua sejoli
Merenung masa depan...apakah secerah dan setenang air Danau Toba

Bye..Bye Medan ada rezeki datang lagi tempat jatuh lagi dikenang inikan pula tempat menimba ilmu

Ini driver kami semasa di Medan..terima kasih Daun Keladi

Mahliga Bahagi sementara semasa menginap di Danau Toba

Pulau Samosir

Masih di Pulau Samosir di hadap rumah adat orang Batak


Di tepi Pulau Samosir sebelum naik bot untuk  ke jeti Danau Toba



Penuh gaya
Makam malam bersama kawan lama di Medan