Tuesday 18 February 2014

Cuti-cuti

Medan, Sumatera Utara, Indonesia...kenangan mengusik jiwa bagi ku, kerana di sinilah tempat aku menimba ilmu pengetahuan , bertemu jodoh dan semasa di sini juga aku menerima berita perginya mamaku meninggalkan kami adik-beradik buat selama-lamanya. Moga roh mamaku berada dalam golongan orang beriman....amin.

Setelah bertahun-tahun meninggalkan kota Medan yang penuh cabaran, akhirnya kami merancang percutian ke sana, untuk mendekatkan hati  kedua-dua anakku bagaimana kehidupan umi dan abahnya semasa belajar ...dengar harapan mereka sedar bahawa bukan mudah untuk berjaya.
Ini hanya rakaman sebahagian tempat yang sempat kami lawati.

Walaupun Medan sekarang sudah banyak berubah,tetapi Medan masih  terkenal dengan suku Bataknya yang perwatakan agar kasar berbanding suku-suku lain yang ada di Indonesia.

Antara tempat menarik yang ada di Medan dan selalu dikunjungi ialah Brastagi dan Danau Toba atau juga dikenali dengan nama Prapat. Perjalanan  ke Danau Toba mengambil masa 4-5 jam bergantung drivernya. Jom kita tengok apa yang ada di Pulau Samosir Danau Toba

Jom mulakan perjalanan kita
Sebenarnya dalam hati takut ni...tapi semua baut dak je.. 
Bila lagi nak romantis ni...ala-ala dua sejoli
Merenung masa depan...apakah secerah dan setenang air Danau Toba

Bye..Bye Medan ada rezeki datang lagi tempat jatuh lagi dikenang inikan pula tempat menimba ilmu

Ini driver kami semasa di Medan..terima kasih Daun Keladi

Mahliga Bahagi sementara semasa menginap di Danau Toba

Pulau Samosir

Masih di Pulau Samosir di hadap rumah adat orang Batak


Di tepi Pulau Samosir sebelum naik bot untuk  ke jeti Danau Toba



Penuh gaya
Makam malam bersama kawan lama di Medan

No comments:

Post a Comment