Thursday 20 February 2014

Ziarah 1

Umrah??? rasa mustahil pada mulanya, tapi ketentuan Allah tiada siapa yang tahu. Pada mulanya atas permintaan kawan-kawan supaya diadakan satu ceramah tentang umrah. Memandangkan hubungan baik dengan Tn. Haji Hashim maka  saya telah menjemput Syarikat Harmony Excellence untuk memberi ceramah tentang umrah. dengan kuasa Allah , saya yang pada mulanya hanya membantu menjemput penceramah tiba-tiba terpanggil untuk mengerjakan umrah, pada hala wangpun belum terkumpul lagi. Hasilnya perbincangan dengan kawan-kawan seramai lima orang kawan berminat untuk mengerjakan umarah termasuk diriku dan ada yang turut membawa keluarga. . Disebabkan tidak merancang, saya betul-betul tawakal. Tambahan banyak mendengar pelbagai peristiwa yang berlaku . Jiwa betul-betul kosong, dan takut. Semoga aku mendapat petunjuk atau keberkatan daripada -Mu Ya Allah.Pada 25/5/11 berangkatlah kami semua ke bumi Ambiat dengan menaik pesawat GARUDA. Ya Allah permudahkan dan selamatkan kami.
    
 Rombongan saya terdiri daripada saya, suami, adik, adik ipar, cikgu Suffian berserta ibu , bapa dan emak saudara manakala ustaz Mior diiringi oleh ibu, bapa dan emak saudaranya.Jumlah keseluruhan rombongan ini ialah 11 orang

DOA TAWAKAL (1)



Maksudnya:

Wahai Tuhan kami! Kepada Engkaulah sahaja kami berserah diri dan kepada Engkaulah kami rujuk bertaubat, serta kepada Engkaulah jua tempat kembali! 

DOA TAWAKAL (2)


Maksudnya:

Dan sesiapa berserah diri bulat-bulat kepada Allah, maka Allah cukuplah baginya (untuk menolong dan menyelamatkannya).


Doa tawakal


Labbaik Allah humma labbaik.. Labbaik la sharika laka labbaik.. Innal hamda, Wan-ni'mata Laka walmulk.. Laa sharika lak
Wajah-wajah gembira untuk menyahut lambaian Kaabah

Semasa transit di Jakarta
Rombongan wanita


Kami sampai di King Aziz Airpot masih lagi sebelum subuh, tapi disebabkan belum lagi sembahyang Isyak, jadi semuanya cepat-cepat menunju ke tandas untuk mengambil wuduk dan mencari tempat sembahyang.....ramainya orang, dan bilik airnya sesak, sabar je...kita mesti banyak bersabar dalam apa jua keadaan. Ya Allah kuatkan lah imanku untuk menghadapi cubaan ini semua.

Perjalanan kami ke Madinah dikatakan mengambil masa 3 jam. Bas sudah sedia menunggu, dalam keadaan ini semuanya mesti kuat....Selepas itu kami berhenti pula sembahyang Subuh di tengah padang pasir, tapi dah lupa nama tempat tu.

Berhenti sembahyang subuh di tengah padang pasir, tapi tak ingat tempat
Disebabkan kali pertama kak melakukan umarah....sepanjang perjalanan fikiran asyik teringatkan tentang rukun umrah , takut tersilap maklumlah tak cukup bekalan di dada sebab  tanpa perancangan. Walaupun begitu harap-harap tidak ada yang tertinggal rukunnya kalau tak kena bayar Dam nanti.

RUKUN UMRAH

(Perkara asasi yang mesti dilakukan, sekiranya tertinggal salah satu samada sengaja atau terlupa maka tidak sah umrahnya)

1 - NIAT : IHRAM UMRAH (Dimana-mana MIQAT)
2TAWAF : Mengelilingi Baitullah 7 kali keliling dengan sempurna dan yakin (Bermula dan berakhir Penjuru Hajar Aswad)

Lafaz niat Tawaf Umrah:
Ertinya: “Aku berniat Tawaf Umrah di Ka’abah ini tujuh pusingan kerana Allah Taala.” 
3 - SAEI : berulang-alik antara bukit Safa’ dan bukit Marwah 7 kali dengan sempurna dan yakin (Bermula di Bukit Safa’ dan berakhir di Bukit Marwah)
4 - BERGUNTING ATAU BERCUKUR :Diwajibkan menghilangkan sekurang-kurangnya 3 helai rambut di kepala. (Sebaiknya dilakukan di Marwah)
5 - TERTIB : Mengerjakan satu persatu mengikut urutannya. 


1 - NIAT IHRAM DI MIQAT :
     Tempat-tempat miqat:
نَوَيْتُ الْعُمْرَةَ وَأَحْرَمْتُ بِهَا لِلَّّهِ تَعَالَى
Maksudnya : Sahaja aku mengerjakan umrah dan berihram dengannya kerana Allah Taala.

Jika dari MALAYSIA :
QARNUL MANAZIL
(dalam kapal terbang atau lebih kurang 1 jam lagi sebelum kapal terbang mendarat di Jeddah)

Jika dari MADINAH :
Masjid BIR ALI – atau di Hotel

Jika semasa berada di Mekah :
Hendaklah keluar ke:
1.    Masjid TANAIM
2.    Masjid JAARANAH
3.    Masjid HUDAIBIYAH

SELEPAS BERNIAT:
Disunatkan memperbanyakkan Talbiah
لَبَّيْكَ اللَّهُمَّ لَبَّيْكَ، لَبَّيْكَ لاَ شَرِيْكَ لَكَ لَبَّيْكَ، إِنَّ الْحَمْدَ وَالنِّعْمَةَ لَكَ وَالْمُلْكَ لاَشَرِيْكَ لَكَ
" Labbaika Allahomma Labbaik. Labbaik La Shareeka Laka Labbaik. Innal-Hamdah, Wan-Nematah, Laka wal Mulk, La Shareeka Laka."


Suami, adik, adik ipar dan Cik Kiss di perkarangan Masjid Nabawi Madinah


Sejarah Masjid Nabawi

Masjid yang dibangun Nabi Saw ketika datang dari Qubâ semasa perjalanan hijrahnya.
Keutamaan Masjid Nabawî 
Salat satu rakaat di Masjid Nabawî sama pahalanya dengan mengerjakan 1000 atau 10.000 rakaat selain di Masjid ini, kecuali masjidil Haram yang berpahala 100.000 rakaat. Nabi Saw besabda:

“Satu kali salat di masjidku ini lebih utama dari seribu rakaat di masjid lain, kecuali Masjidil Haram, satu rakaat salat di Masjidil Haram lebih utama daripada seratus ribu rakaat di masjid lainnya.” (HR. Ahmad).


Bersama kawan Cik Kiss di perkarangan Masjid Nabawi


 Masjid Quba'
Di sini bas berhenti selama lebih kurang 15 minit untuk jemaah sembahyang sunat. Sangat lah besar fadhilatnya bagi sesiapa yang bersolat di dalam masjid ini.


Keutamaan Masjid Qubâ
Mengenai keutamaan Mesjid Qubâ ini Nabi Saw bersabda:

“Barangsiapa yang berwuduk di rumahnya kemudian mendatangi Masjid Qubâ dan sembahyang di dalamnya, maka ia memperoleh pahala seperti mengerjakan umrah.”(HR. Ahmad, Nasaî, Ibnu Majah dan Hakim).
Di tepi  perkuburan para mujahid yang terkorban masa perang Uhud. Bagi yang sedia tau sejarah perang Uhud ini, bilangan yang mati shahid sangatlah ramai. Ramai sahabat-sahabat nabi terkorban dalam peperangan ini. 



Kaki Jabal Rahmah, nak naik ke atas tapi ...tak terjangkau
Di kaki Bukit Jabal Rahmah

Jabal Rahmah...jom naik unta


Di Jabal Rahmah inilah diriwayatkan sebagai tempat bertemunya Nabi Adam dan Hawa setelah berpisah 100 tahun diturunkan dari langit ke bumi.

Konon, di tempat ini juga merupakan tempat terbaik untuk berdoa meminta jodoh. Dikatakan, apabila seseorang berdoa di atas bukit ini untuk meminta pendamping hidup, nescaya doanya dikabulkan Allah. Wallahualam..




Sisa peninggalan Masjid Hudaibiyah yang lama

Yee...suamiku dah botak, dalam muzium

Makam Baqi'
Ini adalah komplek pemakaman di Madinah. Tempat ini berada di samping masjid Nabawi. Sebagian dari sahabat Rasulullah dimakamkan di tempat ini.

Di tepi kubur para sahadat Jabal Uhud

Burung merpati di sepanjang laluan kami semasa di Mekah


Melawat ladang unta


Secara keseluruhannya, tempat-tempat lawatan sepanjang kami di Madinah adalah;

1. Masjid Quba'
2. Masjid Qiblatain
4. Jabal Uhud
5. Kebun kurma
6. Bukit Magnet

Tuesday 18 February 2014

Cuti-cuti

Medan, Sumatera Utara, Indonesia...kenangan mengusik jiwa bagi ku, kerana di sinilah tempat aku menimba ilmu pengetahuan , bertemu jodoh dan semasa di sini juga aku menerima berita perginya mamaku meninggalkan kami adik-beradik buat selama-lamanya. Moga roh mamaku berada dalam golongan orang beriman....amin.

Setelah bertahun-tahun meninggalkan kota Medan yang penuh cabaran, akhirnya kami merancang percutian ke sana, untuk mendekatkan hati  kedua-dua anakku bagaimana kehidupan umi dan abahnya semasa belajar ...dengar harapan mereka sedar bahawa bukan mudah untuk berjaya.
Ini hanya rakaman sebahagian tempat yang sempat kami lawati.

Walaupun Medan sekarang sudah banyak berubah,tetapi Medan masih  terkenal dengan suku Bataknya yang perwatakan agar kasar berbanding suku-suku lain yang ada di Indonesia.

Antara tempat menarik yang ada di Medan dan selalu dikunjungi ialah Brastagi dan Danau Toba atau juga dikenali dengan nama Prapat. Perjalanan  ke Danau Toba mengambil masa 4-5 jam bergantung drivernya. Jom kita tengok apa yang ada di Pulau Samosir Danau Toba

Jom mulakan perjalanan kita
Sebenarnya dalam hati takut ni...tapi semua baut dak je.. 
Bila lagi nak romantis ni...ala-ala dua sejoli
Merenung masa depan...apakah secerah dan setenang air Danau Toba

Bye..Bye Medan ada rezeki datang lagi tempat jatuh lagi dikenang inikan pula tempat menimba ilmu

Ini driver kami semasa di Medan..terima kasih Daun Keladi

Mahliga Bahagi sementara semasa menginap di Danau Toba

Pulau Samosir

Masih di Pulau Samosir di hadap rumah adat orang Batak


Di tepi Pulau Samosir sebelum naik bot untuk  ke jeti Danau Toba



Penuh gaya
Makam malam bersama kawan lama di Medan

Sunday 16 February 2014

Cuti-cuti dalam negara

Cuti sekolah sudah di penghujung, tetapi aku masih tak ada mood untuk ke mana-mana walaupun dirayu gombal oleh anak gadis ku. Walaupun begitu akhirnya percutiaan tanpa dirancang belaku juga.
Kali ini sasaran kami Johor Bharu. Akibat tanpa perancangan semua hotel penuh, jadi akhirnya dapat juga cari  hotel  walaupun terpaksa berkongsi ... Royal Bintang. Selepas cek in ...perut dah lapar, jadi kami sekeluarga redah je cari tempat makan berdasarkan pengalaman suamiku yang selalu ke Johor walaupun tak ingat jalan dan hasilnya ini ...


Mee rebus tulang...sedap menjilat jari di Johor

Stem Limau...Kajang

Cepattttt mana makanan ni...

meggie ketam, PCB Kota Bharu

Nasi Arab, Kg Pandan

Roti telur..Ipoh mari

Mee Kari..juga Ipoh mari..


Roti...Kopitiam Kita Kota Bharu

Laksa Penang..